ANZ hentikan 50 kakitangan sejak Februari
Jun 03, 2016 | 05:30 AM
AUSTRALIA and New Zealand Banking Group (ANZ) telah memberhentikan sehingga 50 kakitangan di pelbagai jabatan di Singapura sejak Februari tahun ini bagi mengurangkan kos, menurut sumber.
Mereka yang terjejas adalah daripada jabatan pengurusan harta, perbankan perniagaan dan pemasaran, demikian kata seorang kakitangan yang diberhentikan kepada sebuah agensi berita.