Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Aplikasi cari, temu barang hilang, anak S'pura saing di pentas dunia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Aplikasi cari, temu barang hilang, anak S'pura saing di pentas dunia

Sep 26, 2018 | 05:30 AM



DOMPET Encik Muhammad Ahshik Abuayubul yang diberikan sebagai hadiah oleh rakannya pernah hilang dalam perjalanan beliau pulang ke rumah.



Puas beliau mencari dan menanyakan kawan-kawan di media sosial tetapi usahanya menemui kegagalan.



Terlintas di fikiran beliau alangkah baiknya jika terdapat sebuah aplikasi yang dapat dicipta bagi membantu mereka yang kehilangan barangan.



Kejadian tersebut itu telah mendorong Encik Ahshik, 22 tahun, serta dua rakannya untuk mencipta aplikasi bimbit, Lost it Found it (Lifi) atau dalam istilah Melayu - Kehilangannya Menemukannya.



Tiga rakan itu merupakan satu-satunya kumpulan dari Singapura yang menjadi finalis bagi pertandingan University Startup World Cup yang akan berlangsung di Copenhagen, Denmark, dari 8 hingga 12 Oktober ini.



Pertandingan University Startup World Cup ialah anjuran sebuah pertubuhan bukan mencari untung di Denmark, Venture Cup bagi merancakkan rangkaian keusahawanan dalam kalangan pelajar antarabangsa.



"Apabila saya kehilangan dompet saya, saya membuat laporan polis, membuat pos di Facebook dan 'tweet', tetapi dompet saya tidak dapat ditemui.



"Dalam fikiran saya, tentu kita boleh cipta satu wadah lebih berkesan bagi membolehkan pemilik barangan yang hilang dipadankan dengan mereka yang menemui barang-barangan yang hilang.



"Aplikasi ini tentunya berguna di institusi pengajian tinggi kerana setiap hari, ada sahaja barangan yang hilang seperti buku teks, telefon bimbit dan dompet," kata Encik Ahshik, lulusan Diploma Pengajian Perniagaan Politeknik Ngee Ann yang sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS) di Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).



Bersama dua rakannya yang dikenali semasa NS, Encik Aldrin Harvey Deposoy Mercado, 25 tahun, seorang mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS) tahun tiga dalam Sarjana Muda Sains Sosial dan Encik Akabir Singh, 25 tahun, yang sedang menjalani NS dan lulusan Politeknik Ngee Ann bidang kejuruteraan mekanikal, mereka sama-sama sedang berusaha menghasilkan rekaan bagi aplikasi itu.



Mewakili kumpulan NowAsia, mereka dibimbing oleh Encik Abuayubul Ansari atau Abang Abu, pakar motivasi kecerdikan wang, yang merupakan bapa kepada Encik Ahshik.



Aplikasi itu, yang masih dalam proses perancangan, mempunyai ciri-ciri keselamatan.



Ia dapat memadankan pencari dan penemu barangan berdasarkan ciri barangan yang digambarkan.



Pencari dan penemu barangan kemudian akan berkomunikasi agar penemu barangan dapat menanyakan soalan lanjut bagi memastikan pemilik barangan yang sebenar.



Pencari barang juga boleh mencari penemu barangan berdasarkan lokasi yang dijumpai misalnya, di estet Bedok atau Jurong.



Setelah melalui beberapa pusingan temu ramah dengan pengadil pertandingan secara elektronik, Lifi dipilih menjadi finalis bagi pertandingan tersebut.



Menurut Encik Ahshik, pasukannya sedang membuat persiapan rapi untuk membentangkan pelan perniagaan mereka di depan panel pengadil di Copenhagen Business School sebelum melalui sesi soal jawab dengan mereka.



Sebanyak 65 kumpulan dari 35 negara merupakan finalis dalam pertandingan itu yang menjanjikan wang tunai AS$25,000 ($34,241).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >