BERMULA daripada sekadar menjual rempeyek kepada pelanggan musiman, Encik Nor Hashim Hassan mengembangkan perniagaan kecil-kecilan dari rumahnya itu untuk turut menawarkan sambal dan pes rempah ratus.
Dalam masa 16 tahun, beliau dan "orang kuat" perniagaan itu - isterinya Cik Emilia - perlahan-lahan menambah kepelbagaian produk di bawah jenama Wahyu Brand hingga sekarang mereka menjual empat jenis rempeyek, lapan jenis sambal dan 10 jenis pes rempah ratus.