Asal usul Royal Dutch Shell Group hanya sebuah kedai antik kecil
Jun 21, 2016 | 05:30 AM
SALAH satu syarikat tenaga terbesar di dunia boleh disusur permulaannya kepada sebuah kedai antik kecil di kawasan East End London.
Pada tahun 1830-an, Marcus Samuel mengendalikan sebuah kedai antik dan barangan hiasan yang diimport dari Asia.