RISIKO bagi amanah pelaburan hartanah (Reit) Singapura dijangka meningkat tahun depan disebabkan asas ekonomi yang lemah yang akan menjejas permintaan Reit meskipun bekalan baru bertambah dalam kebanyakan sektor, menurut laporan firma penilaian Fitch Ratings.
Firma itu menjangkakan Reit, yang mempunyai penyata imbangan kukuh akan menjadi lebih menarik untuk dibeli syarikat lain pada tahun depan.