Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Bakat Singapura bantu kembangkan pusat seni Ciputra Artpreneur di Jakarta

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Bakat Singapura bantu kembangkan pusat seni Ciputra Artpreneur di Jakarta

Jul 08, 2018 | 05:30 AM



PENGALAMAN luas Cik Norhayati Yusoff dalam menguruskan program seni di Singapura dan Australia telah menambat hati pusat seni baru Jakarta milik konglomerat hartanah Ciputra Group.



Beliau telah diambil bekerja di pusat seni Ciputra Artpreneur itu untuk membantu membangunkan pusat itu ke tahap yang lebih tinggi.



Cik Norhayati mulanya diperkenalkan kepada Presiden Direktor Ciputra Artpreneur, Cik Rina Ciputra Sastrawinata, yang tertarik dengan pengalaman antarabangsanya.



Ketika itu warga Singapura itu baru sahaja meninggalkan tugasnya selama hampir 10 tahun di Esplanade dan sedang bekerja dengan sebuah rumah penerbitan seni di Indonesia.



Tetapi oleh kerana tertarik dengan kemahiran Cik Norhayati, beliau telah ditawarkan bekerja di Ciputra Artpreneur pada 2015 dengan tanggungjawab menguruskan sepenuhnya teater pusat tersebut.



Menjelaskan mengapa beliau menyahut tawaran itu, Cik Norhayati berkata semasa di Singapura beliau telah bekerja dengan ramai seniman Indonesia dan tertarik dengan mutu kerja mereka.



Walaupun mereka kurang sokongan, dana dan kemudahan, mereka mempunyai semangat keghairahan dan kebanggaan hasil kerja yang tinggi.



"Oleh itu apabila diberi peluang untuk bekerja dengan Ciputra Artpreneur, saya menerimanya sebab saya ingin tahu apa yang merangsang mereka.



"Saya juga suka bertemu dan bekerja dengan orang dan budaya baru. Lebih penting, saya percaya saya boleh menggunakan kemahiran, pengalaman dan rangkaian saya untuk membantu mereka berkembang," kata Cik Norhayati, yang berjawatan pengarah bersekutu.



Selain di Esplanade, lulusan NUS itu juga mempunyai pengalaman tujuh tahun di Adelaide, Australia.



Cik Rina pula berkata, beliau mengambil Cik Norhayati bekerja kerana pusatnya memerlukan seseorang dari negara tetangga yang punya pengalaman antarabangsa khususnya dalam membantu memperkenalkan program seni.



"Itu merupakan satu pengkhususan daripada Yati (Norhayati) dan memang banyak sekali kami belajar dari Yati mengenai pertunjukan-pertunjukan ataupun aktiviti dari sebuah teater.



"Memang kami posisi sangat jauh dibandingkan dengan Esplanade. Kami tidak mempunyai bajet ataupun kekuatan daripada sebuah tim tapi untuk dua tahun itu kami banyak dibantu terutama dalam memberikan rekomendasi apa yang tepat, atau apa yang tidak tepat bagi tempat kita," kata Cik Rina, anak kepada taikun hartanah Indonesia, Dr Ir. Ciputra, semasa ditemui di Ascott Orchard, baru-baru ini.



Cik Norhayati berkata, beliau telah diberi tugas untuk menguruskan segala aspek pengendalian teater di Ciputra Artrpreneur.



Menurutnya, jangkaan daripada seorang karyawan Singapura amat tinggi kerana Ciputra Artrpreneur merupakan satu-satunya pusat seni bertaraf antarabangsa di Indonesia.



Selain teater, pusat seni yang terletak di kompleks Ciputra World Jakarta itu juga mempunyai muzium dan galeri seni.



Kini, selepas sekitar tiga tahun, Cik Norhayati telah berjaya membangunkan sebuah pasukan teater yang boleh berdikari dan mampu mengendalikan program, kebanyakan pertunjukan Barat.



Sejak Mei lalu pula dan selepas berpusat di Jakarta, Cik Norhayati sekarang bertugas dari Singapura untuk menguruskan program seninya, dan berulang-alik ke ibu kota Indonesia itu untuk menganjurkan pertunjukan-pertunjukan gah.



Ketika ditanya keputusannya membangunkan pusat seni ala Esplanade itu, Dr Ciputra berkata Indonesia perlu dibangun bukan hanya dalam bidang bisnes tetapi juga seni.



"Di Asia, hanya dua negara yang paling tinggi bakat seninya - China dan Indonesia. Saya bilang ini perlu dipelihara, perlu dikembangkan dan mereka perlu diberi perhatian dan harganya, nilainya perlu ditingkatkan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >