Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Bank Negara batasi dagangan RM lepas nilai berbanding AS$ jatuh

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Bank Negara batasi dagangan RM lepas nilai berbanding AS$ jatuh

Nov 11, 2016 | 03:14 PM



KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) membataskan pada Jumaat (11 Nov) perdagangan mata wang ringgit selepas kadar semalamannya berbanding dolar Amerika jatuh hampir 5 peratus.



Bank tempatan hanya dibenarkan menawarkan dolar pada kadar Khamis, yang lebih rendah, dan bagi pembayaran korporat tertentu sahaja.



Langkah mengejutkan itu membuat peniaga dalam kesusahan, dan mencetuskan kebimbangan ringgit, yang teruk terjejas sepanjang tempoh dua tahun lalu, akan menghadapi kejatuhan harga besar apabila kawalan tersebut ditarik balik.



Difahamkan bahawa tiada maklumat diberi tentang apakah kawalan mata wang itu akan ditarik balik menjelang hujung minggu ini.



Sumber-sumber berkata bank pusat itu memberi "arahan terus kepada bank" tanpa penjelasan lanjut kepada pihak berkepentingan lain.



Satu sumber perbankan berkata "Bank Negara memberitahu bank tempatan jangan memberi sembarang tukaran wang asing (forex) kepada luar pesisir hari ini dan tidak boleh berdagang pada kadar lebih tinggi daripada julat semalam untuk hari ini".



"Ini merupakan kawalan modal tidak rasmi. Malah pemegang bon asing tidak dapat menukar ringgit kepada mata wang asing selepas menjual bon," tambah sumber itu.



Terdahulu, semasa mengumumkan keputusan ekonomi suku ketiga Malaysia, gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim, menegaskan BNM tidak akan mengenakan pasak mata wang walaupun ringgit jatuh berbanding dolar.



Akhbar New Straits Times melaporkan BNM berkata perdagangan forex melibatkan ringgit tidak dibekukan, manakala kadar pertukaran tempatan hanya lebih rendah sedikit pada kadar 4.275 bagi sedolar Amerika, selepas ditutup pada kadar 4.259 pada Khamis.



Namun, nilai luar pesisir ringgit terus mengecut kepada serendah 4.55 pada Jumaat.



Semalaman, ringgit turun bersama mata wang pasaran baru muncul lain berbanding dolar Amerika berikutan kemenangan Encik Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika pada Rabu, dan ini mungkin mencetuskan langkah oleh Bank Negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >