BANK of Singapore (BoS), yang baru-baru ini menembusi senarai 10 bank privet Asia terbaik, merancang menggajikan lebih ramai pengurus perhubungan dan menumpukan pada pelanggan lebih mewah bagi meningkatkan aset yang diuruskannya.
Unit di bawah Oversea-Chinese Banking Corp itu menambah 20 pengurus perhubungan di Hongkong tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhannya lebih 400, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BoS, Encik Bahren Shaari, dalam satu temu ramah dengan Bloomberg.