EKONIAGA: PROGRAM PENASIHAT AKAR UMBI (GRA)

Bantuan diberi berdasar keperluan kedai kejiranan

DALAM usaha membantu perniagaan di kawasan kejiranan, Pusat Syarikat Kecil dan Sederhana (SME) Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) telah melancarkan satu program penasihat perintis di Tampines West.

Di bawah Program Penasihat Akar Umbi (GRA), Pusat SME akan meneliti kesihatan perniagaan, memberi latihan dan saranan membaiki perniagaan dalam program setahun itu.