Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Barang dah siap, bazar Raya ditutup, peniaga cari 'jalan' alternatif

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

KORONAVIRUS

Barang dah siap, bazar Raya ditutup, peniaga cari 'jalan' alternatif

Mar 20, 2020 | 05:30 AM



MEREKA telah membuat persediaan membeli stok bernilai ribuan dolar untuk dijual di Bazar Ramadan dan Hari Raya tetapi terjerat akibat pembatalan bazar anjuran Persatuan Rakyat (PA).



Dengan pembatalan itu, para peniaga tersebut sedang membuat rancangan alternatif bagi mengurangkan kesannya terhadap pendapatan mereka.



Beberapa peniaga memberitahu Berita Harian mereka sedang mencari wadah alternatif bagi menjual produk mereka, misalnya menjualnya dalam talian atau menyertai bazar kecil-kecilan.



Peniaga musiman yang tidak mempunyai kedai pula sedang menimbangkan menyewa kedai bagi tempoh pendek untuk menjual barangan mereka, atau menjualnya tahun depan.



PA mengumumkan kelmarin ia tidak akan menganjurkan bazar perayaan dan pameran perdagangan mulai kelmarin.



Bazar Hari Raya di Wisma Geylang Serai, Our Tampines Hub, dan Woodlands tahun ini akan dibatalkan disebabkan penularan koronavirus Covid-19.



Pemilik butik Munawwarah, Cik Rasidah Mohamed Din, telah membelanjakan $60,000 bagi menyiapkan stok pakaian baju kurung lelaki dan wanita untuk dijual di bazar.



"Biasanya, setiap tahun selepas Hari Raya, kami sudah buat persediaan bagi perniagaan pada Raya tahun depan. Kami telah tempah sekitar 4,000 hingga 5,000 baju kurung lelaki dan sekitar 200 hingga 300 baju kurung wanita. Baju pun dah siap,'' kata Cik Rasidah.



Beliau berharap pelanggan yang kerap membeli pakaiannya di bazar akan mengunjungi kedainya di tingkat satu Golden Landmark.



Pemilik Fabriques Asia, Cik Nur Saleha Mohd Kamel, yang menjual pakaian kurta lelaki menyatakan 1,650 kurta telah siap untuk dijualnya di Bazar Hari Raya Geylang Serai.



Setiap tahun, beliau memperuntukkan 3,000 kurta dan 80 peratus daripadanya terjual di bazar itu.



"Saya sudah belanja sekitar $30,000. Apabila dapat tahu bazar dibatalkan, saya hentikan pengeluarannya di Malaysia, tetapi modal kain telah pun dibelanjakan.



"Jika kami tahu lebih awal, mungkin kami dapat hentikan pengeluaran lebih awal,'' katanya, yang menjual di bazar itu sejak dua tahun lalu.



Walaupun mempunyai sebuah butik kecil di 160 Changi Road dan menyewa gerai kecil atau pop-upstore, beliau berkata sambutannya tidak serupa di bazar di Geylang Serai, yang menyumbang 60 peratus daripada kepada penjualan keseluruhannya.



Buat masa ini, anggota cabang wanita Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (Dewi@DPPMS) itu sedang berbincang dengan Dewi dan peniaga lain untuk menimbangkan wadah alternatif, seperti menghimpunkan peniaga terjejas untuk menjual barangan mereka secara kolektif serta menjual secara langsung, atau liveselling, dalam talian.



Pemilik makanan tambahan kecantikan Chantique, Cik Sarah Hashim, merancang menyertai Bazar Hari Raya Geylang Serai buat pertama kali tahun ini.



"Kami baru buka perniagaan ini akhir tahun lalu dan telah menanyakan kadar sewa gerai bazar. Oleh kerana kami baru, kami ingin mencuba-cuba menjual di sana untuk lihat sambutannya.



"Kami telah membelanjakan sekitar $10,000 untuk menambah lebih 2,000 botol suplemen kecantikan dengan harapan dapat dijual di bazar itu,'' ujarnya.



Namun, beliau akur pembatalan itu perlu bagi mengekang penularan Covid-19.



Cik Sarah merancang memasarkan penjualan dalam talian dengan lebih agresif bagi menjual stoknya.




"Kami baru buka perniagaan ini akhir tahun lalu dan telah menanyakan kadar sewa gerai bazar. Oleh kerana kami baru, kami ingin mencuba-cuba menjual di sana untuk lihat sambutannya. Kami telah membelanjakan sekitar $10,000 untuk menambah lebih 2,000 botol suplemen kecantikan dengan harapan dapat dijual di bazar itu."
- Pemilik makanan tambahan kecantikan Chantique, Cik Sarah Hashim, yang merancang menyertai Bazar Hari Raya Geylang Serai buat kali pertama tahun ini.



"Biasanya, setiap tahun selepas Hari Raya, kami sudah buat persediaan bagi perniagaan pada Raya tahun depan. Kami telah tempah sekitar 4,000 hingga 5,000 baju kurung lelaki dan sekitar 200 hingga 300 baju kurung wanita. Baju pun dah siap."
- Pemilik butik Munawwarah, Cik Rasidah Mohamed Din, yang telah membelanjakan $60,000 bagi menyiapkan stok pakaian baju kurung lelaki dan wanita untuk dijual di bazar. Sekarang beliau berharap pelanggan kerapnya di bazar akan mengunjungi kedainya di tingkat satu Golden Landmark.



"Saya sudah belanja sekitar $30,000. Apabila dapat tahu bazar dibatalkan, saya hentikan pengeluaran di Malaysia, tetapi modal kain telah pun dibelanjakan. Jika kami tahu lebih awal, mungkin kami dapat hentikan pengeluaran lebih awal."
- Pemilik Fabriques Asia, Cik Nur Saleha Mohd Kamel, yang 1,650 pakaian kurta telah disiapkannya untuk dijual di Bazar Hari Raya Geylang Serai. Beliau mempunyai sebuah butik kecil di 160 Changi Road dan menyewa gerai kecil atau pop-up store, tetapi perniagaan di bazar di Geylang Serai menyumbang 60 peratus daripada penjualan keseluruhannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >