Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Bazar Raya WGS akan ada langkah cegah Covid-19

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KORONAVIRUS

Bazar Raya WGS akan ada langkah cegah Covid-19

Tender baru PA sertakan syarat pengendali sediakan khidmat pembersihan, periksa suhu badan pemilik dan pekerja gerai setiap hari
Mar 12, 2020 | 05:30 AM



PERSATUAN Rakyat (PA) telah membuka tender baru bagi Bazar Raya Geylang Serai 2020 di bawah Wisma Geylang Serai (WGS) untuk menyertakan langkah pencegahan yang perlu diambil pengendali bazar bagi mengekang penularan koronavirus Covid-19.



Sebelum ini, satu tender telah dibuka oleh PA yang ditutup pada 17 Januari tanpa sebarang pemenang.



Dalam dokumen tender di laman tender pemerintah GeBiz yang dibaca Berita Harian, tender baru itu memerlukan pengendali bazar menyediakan, antara lain, khidmat pembersihan setiap hari dan memeriksa suhu badan pemilik dan pekerja gerai setiap hari.



Gerai pula perlu dikelompokkan, dengan setiap kelompok mempunyai sekitar empat gerai. Jarak antara gerai harus 10 meter, berbanding enam hingga lapan meter sebelum ini.



Oleh kerana jarak antara gerai lebih luas, jumlah gerai di Bazar Raya Geylang Serai di bawah WGS akan berkurangan daripada 800 kepada 500.



Tender baru itu dibuka Jumaat lalu dan akan ditutup pada 4 petang pada Isnin, 16 Mac. Pemenang tender itu dijangka diumumkan akhir bulan ini.



Satu taklimat diadakan kelmarin bagi menjelaskan perincian tender baru itu.



"Dengan penilaian risiko sejagat Covid-19 meningkat ke paras tinggi seperti yang diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WH0), PA dan WGS ingin menyertakan langkah pencegahan seperti mengadakan jarak sosial dan rancangan pembersihan.



"Langkah itu akan dilaksana sebagai satu keperluan bagi Bazar Raya Geylang Serai 2020, dengan penekanan pada langkah tambahan dan memainkan peranan dalam usaha mengekang Covid-19,'' ujar kenyataan dokumen PA itu.



Bazar tersebut akan diadakan dari 18 April hingga 24 Mei.



Pengendali bazar tahun lalu, Orange Travel, masih menimbangkan sama ada mahu membuat bidaan dalam tender baru itu, kata konsultan bersama syarikat tersebut, Encik Osman Ariffin, ketika dihubungi.



Orange membuat bidaan bagi tender awal.



"Banyak faktor perlu dipertimbangkan. Dengan tender baru ini, kami hanya mempunyai sekitar 15 hingga 18 hari sebelum membuka bazar itu di keliling WGS, berbanding satu setengah bulan yang disediakan sebelum ini.



"Mampukah kami menyediakan bazar yang mutunya setimpal atau lebih baik daripada tahun lalu? Dalam tempoh yang singkat itu, boleh tak kami menarik penyewa?



"Kos pencegahan dilaksanakan juga merupakan satu kos bagi kami sedangkan jumlah gerai berkurangan. Kami perlu mengambil kira kos-kos itu.



"Satu lagi, jika penularan Covid-19 bertambah buruk dan tahap Dorscon dinaikkan, apakah bazar itu perlu ditutup? Jika ia berlaku, siapakah yang menanggung kerugiannya?'' kata Encik Osman.



Dorscon merujuk kepada Syarat Sistem Respons Wabak Penyakit yang telah ditingkatkan daripada kuning kepada jingga pada 7 Februari.



Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), yang juga membuat bidaan bagi tender awal, juga berkata ia sedang membuat pertimbangan.



"DPPMS sedang dalam proses menganalisis spesifikasi tender,'' kata jurucakap DPPMS.



Tahun lalu, dua juta orang mengunjungi Bazar WGS, yang mendapat sambutan baik disebabkan ruang lebih luas, kos sewa dimampui dan makanan yang dijual dijamin halal.



Seperti tahun lalu, kos sewa gerai dihadkan kepada $14,000.



Bazar yang diselaraskan WGS terletak di padang belakang WGS; kawasan Tanjong Katong Complex (TKC) dan Haig Road; dan kawasan sekitar Joo Chiat Complex dan pasar Geylang Serai.




"Dengan penilaian risiko sejagat Covid-19 meningkat ke paras tinggi seperti yang diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WH0), PA dan WGS ingin menyertakan langkah pencegahan seperti mengadakan jarak sosial dan rancangan pembersihan. Langkah itu akan dilaksana sebagai satu keperluan bagi Bazar Raya Geylang Serai 2020, dengan penekanan pada langkah tambahan dan memainkan peranan dalam usaha mengekang Covid-19."
- Kenyataan dokumen tender PA.




COVID-19: TERKINI



Jumlah kes baru: 12



Jumlah kes keseluruhan: 178



Dapatkan berita terkini di www.beritaharian.sg



Nota: Dapatkan laporan terkini mengenai Covid-19 dalam bahasa Melayu dengan mendaftar kepada saluran WhatsApp pemerintah. Anda boleh mendaftar menerusi pautan www.form.gov.sg dan pilih bahasa yang diinginkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >