SINGAPURA dapat belajar daripada Switzerland yang menerapkan budaya pembelajaran dan mendalami kemahiran berterusan di kalangan rakyatnya, kata Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam.
"Kita perlu banyak belajar daripada Swiss dari segi budaya. Kebertanggungjawaban majikan terhadap latihan dan pendidikan merupakan satu ciri penting dalam sistem Swiss.