'Belajar semasa kerja' agar ikuti teknologi, tingkat kemampuan

BELAJAR sebelum memulakan kerja adalah biasa, tetapi rakyat Singapura perlu menerima pendekatan baru "belajar semasa bekerja", yang membolehkan mereka mengikuti teknologi dan keadaan tempat kerja yang pantas berubah, kata Menteri Kewangan Heng Swee Keat.

Beliau menyatakan bahawa dunia sedang bergolak dengan perubahan struktur utama, tetapi Singapura akan berada di tempat yang baik untuk menghadapi cabaran jika firma dan individu dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan meningkatkan kemampuan.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan