Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Belanjawan akan bentang pakej kukuh imbangi kelemahan ekonomi dan kesan koronavirus

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Belanjawan akan bentang pakej kukuh imbangi kelemahan ekonomi dan kesan koronavirus

Feb 13, 2020 | 05:30 AM



SINGAPURA akan membentangkan satu pakej ekonomi yang kukuh minggu depan sedang negara ini cuba mengimbangi kelemahan ekonomi dari penularan koronavirus.



Ekonomi negara yang bergantung kepada dagangan luar dijangka terjejas lebih terik dari wabak Sars 2003.



Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Heng Swee Keat akan membentangkan Belanjawan Negara pada Selasa ini.



Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong, yang mempengerusikan pasukan bertindak berbilang kementerian bagi menangani koronavirus, berkata negara ini berhadapan dengan beberapa risiko.



Antaranya ialah ekonomi China yang lebih besar serta penduduknya yang membuat perbelanjaan lebih ketara.



"Anda boleh jangkakan kesannya lebih besar dan ia akan juga menjejas Singapura.



"Kami sedang membuat persediaan dan akan mengumumkan langkah yang wajar dalam Belanjawan yang akan diumumkan pada 18 Februari ini,'' katanya, dalam satu wawancara dengan agensi berita.



Beliau enggan menyatakan saiz pakej itu atau jika ia adalah lebih besar daripada pakej pemulihan Sars sebanyak $230 juta yang diperkenalkan dalam krisis 2003 itu.



Pakej Sars itu mengandungi rebat cukai hartanah dan program pinjaman sementara bagi firma kecil dan sederhana (SME) bagi membantu mereka mengharungi masalah aliran tunai jangka pendek.



Encik Wong menambah sektor khusus seperti pelancongan dan pelayanan telah pun menunjukkan kelemahan dan kesan sampingannya agak buruk.



Kelmarin, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) menyatakan bilangan pelawat asing ke Singapura dijangka menjunam sehingga 30 peratus tahun ini disebabkan penularan koronavirus.



Jumlah pelawat susut 19 peratus semasa Sars tetapi ia pulih lapan bulan selepas Singapura bebas Sars.



Ekonomi China yang lemah akan juga menjejas ekonomi sejagat dan Singapura tidak terkecuali.



"Kami sedang menyiapkan pakej yang kukuh bagi belanjawan mendatang bagi membantu syarikat-syarikat serta serta para pekerka mereka kekal dalam pekerjaan,'' kata Encik Wong.



Beberapa bank sudah pun menurunkan ramalan ekonomi Singapura tahun ini.



DBS, misalnya, telah menurunkan ramalan ekonomi kepada 0.9 peratus, daripada 1.4 peratus tahun ini disebabkan koronavirus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >