Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Beli daging, ikan di Pasar Tekka digital yang diperkenal IMDA

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Beli daging, ikan di Pasar Tekka digital yang diperkenal IMDA

May 04, 2020 | 05:30 AM



SELAMA 30 tahun menjual daging di Pasar Tekka, pemilik gerai Haji M N Shahul Hameed Marketing, Encik Mohammed Mustafa, tidak pernah menjual daging melalui dalam talian.



Namun, beliau perlu mencari kaedah penjualan baru melalui digital selepas penjualannya berkurangan sekitar 70 peratus disebabkan penularan Covid-19.



Lantas, apabila Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) memperkenal satu daya usaha bagi menjual dagingnya dalam talian, beliau tidak teragak-agak menyertainya.



Di bawah daya usaha Stay Healthy, Go Digital, IMDA memperkenal Pasar Dalam Talian Tekka (TOM).



Ia bekerjasama dengan pemilik syarikat Lian Huat Seafood, Encik Max Kee, dengan mendigitalkan pengalaman pasar basah di Pasar Tekka, salah sebuah pasar tertua di Singapura.



Para pegerai di Pasar Tekka yang mengambil bahagian dalam pasar digital itu akan dibimbing mengendalikan penstriman langsung di Facebook oleh Encik Kee.



Esok, satu penstriman langsung akan diadakan di www.facebook.com/tekkaonlinemarket/ dari 12 tengah hari hingga 3.30 petang. Ia akan disertai penjual ikan, sayur dan daging.



Satu lagi penstriman langsung akan diadakan pada 12 Mei tetapi masanya masih belum ditentukan. Orang awam boleh menyertai sesi itu.



Pemilik gerai, Encik Mohammed, 60 tahun, tidak sabar mencuba kaedah baru penjualan itu.



"Jika ia berguna kepada perniagaan saya, saya akan teruskan. Saya nampak sudah macam satu trend orang beli dalam talian terutama semasa Covid-19 ini. Oleh sebab ia tidak gunakan wang tunai fizikal, saya ingin lihat jika ia adalah sesuatu yang boleh dilaksanakan,'' ujarnya.



Penolong Ketua Eksekutif IMDA, Cik Jane Lim, memberitahu Berita Harian (BH) berkata daya usaha itu merupakan satu peluang dalam sekitaran 'norma baru'.



"Peniaga dan pelanggan perlu menyesuaikan diri dalam tempoh pemutus litar dan menggunakan kaedah digital agar lebih selamat dan mencari cara baru. Pasar basah merupakan sebahagian penting kehidupan harian dan ruang bersama kita,'' katanya.



IMDA berharap daya usaha itu akan juga menarik warga emas agar belajar menggunakan wadah digital bagi membeli dan membayar dalam talian.



Pasar Dalam Talian ini boleh diperkenal di pasar lain bagi dimanfaatkan bersama, kata IMDA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >