Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Berita baik untuk Bajet 2017 - ahli ekonomi jangka lebihan besar bagi 2016

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Berita baik untuk Bajet 2017 - ahli ekonomi jangka lebihan besar bagi 2016

Feb 06, 2017 | 10:56 AM



AHLI ekonomi menjangkakan lebihan besar dalam dana pemerintah bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, meskipun ekonomi lembap, pasaran hartanah lebih senyap dan perbelanjaan sosial bertambah.



Lebihan itu, yang dihasilkan apabila pemerintah berbelanja kurang daripada jumlah pendapatan yang diterimanya, akan memberi kelonggaran dalam Belanjawan 2017 untuk diberi bantuan jangka pendek bagi syarikat yang sedang berjuang untuk terus bertahan.



Menteri Kewangan Heng Swee Keat akan menyampaikan Belanjawan 2017 pada 20 Feb.



Pakar ekonomi berkata pertumbuhan pendapat pemerintah kekal kukuh walaupun ekonomi perlahan, lapor akhbar The Straits Times.



Perolehan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST), duti setem dan pungutan lain dan cukai mungkin lebih tinggi daripada tahun kewangan sebelumnya, kata ahli ekonomi OCBC, Cik Selena Ling.



Pasaran hartanah "tidak selembap yang dibimbangkan" dan masih ada "sedikit perbelanjaan yang sihat" merentasi keseluruhan ekonomi walaupun ada turun naik sekali-sekala, kata beliau.



Beliau berkata data pertumbuhan ekonomi tahun lepas mungkin dinaikkan daripada anggaran awal dek pertumbuhan lebih kukuh daripada jangkaan dalam sektor perkilangan.



Cik Ling menjangka "lebihan besar" melebihi $5 billion bagi tahun kewangan ini.



Ahli ekonomi UOB, Encik Francis Tan, meramalkan lebihan kira-kira $6.7 bilion, dengan menyebut peningkatan kegiatan ekonomi sejak separuh kedua tahun lepas sebagai sebabnya.



Unjuran rasmi meramal lebihan $3.44 bilion bagi tahun ini, lebih disebabkan hasil sumbangan besar pulangan pelaburan bersih (NIR).



Rangka kerja NIR membolehkan Pemerintah membelanjakan sehingga separuh daripada jangkaan pulangan sebenar jangka panjang daripada GIC, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Temasek Holdings.



Unjuran sumbangan NIR sebanyak $14.7 bilion itu akan menjadinya penyumbang utama kepada dana pemerintah, melebihi cukai pendapatan korporat buat kali pertama.



Walaupun Belanjawan dijangka mencatat lebihan, perbelanjaan pemerintah dijangka terus meningkat, terutama sedang negara bergelut dengan penduduk semakin tua dan peralihan ke arah lebih banyak sokongan sosial.



Bulan lalu, sebuah jawatankuasa parlimen meminta Kementerian Kewangan (MOF) memastikan perbelanjaan pemerintah kekal mampan pada masa depan, tanpa mengenakan beban cukai tidak wajar ke atas rakyat Singapura.



MOF telah berkata ia akan mengkaji semula perbelanjaan dan pendapatan bagi memastikan kemampanan fiskal.



Beberapa ahli ekonomi menjangka pendirian Belanjawan bagi tahin kewangan 2017 serupa dengan 2016.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >