KISAH PENIAGA
Berjaya bangkit selepas Global Halal Hub gagal
Ronnie Faizal Tan kini diberi kepercayaan bangunkan ruang acara halal di Hao Paradiso di The Grandstand, Turf City
Dec 17, 2019 | 05:30 AM
TAHUN lalu beliau 'jatuh' apabila pasar raya halal, My Outlets Global Halal Hub, yang gigih diusahakan terpaksa ditutup.
Kemudian beliau 'bangun' apabila ditawarkan tugas mengubah beberapa cawangan pasar raya Hao mart - di bawah Hao Corp Pte Ltd - menjadi pasar raya halal, Hao Halal Hub.