Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Berubah jadi firma 'bijak' yang hasil alat perubatan bermutu tinggi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SIRI MEMPERSIAP BAGI EKONOMI BARU

Berubah jadi firma 'bijak' yang hasil alat perubatan bermutu tinggi

Feb 09, 2020 | 05:30 AM



DARI sebuah syarikat kejuruteraan dan pengilangan tradisional, Fong's Engineering and Manufacturing telah menjalani rombakan hingga dapat menjadi sebuah firma 'bijak' yang mengilang alat perubatan bermutu tinggi.



Syarikat itu bermula sebagai pengilang komponen logam yang membekalkan bahagian individu kepada pelbagai sektor seperti elektronik, pertahanan serta minyak dan gas pada 1982.



Kini, ia menjadi pemilik produk yang memberi pengkhususan kepada produk perubatan seperti endoskopi dan alat pembedahan.



Rombakan itu dilakukan secara berperingkat dan pada 2018, Fong's Engineering and Manufacturing melancarkan barisan pengilang 'bijak' dalam usaha ke arah revolusi perindustrian keempat atau Industri 4.0.



Ia merupakan antara syarikat kecil dan sederhana (SME) Singapura pertama yang mempunyai barisan pengeluaran automatik sejak tahun lalu.



Syarikat ini kini menampilkan sebahagian kilang pembuatan bersepadu yang dikuasai oleh robotik maju, robot bijak autonomi dengan keupayaan Industrial Internet of Things (IIoT) untuk mengumpulkan data.



Ini membolehkan syarikat itu menjalankan pengeluaran selama 24 jam dengan campur tangan yang minimum.



Syarikat itu bermatlamat menjadi sebuah kilang 'bijak' sepenuhnya dalam tempoh tiga hingga empat tahun, satu gerakan yang dijangka boleh meningkatkan pendapatannya sehingga 20 peratus tahun demi tahun.



"Semasa saya ke China, saya sedar bahawa kebanyakan syarikat di sana telah melaksanakan pengilang bijak Industri 4.0. Ini mendorong saya untuk melakukan rombakan dan menggunakan teknologi supaya syarikat kami boleh bertahan dan berkembang," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fong's Engineering and Manufacturing, Encik Jeremy Fong, ketika ditemui di kilangnya di Loyang Way.



Memimpin rombakan syarikat itu ke arah barisan pengilang bijak, Pengurus Projek (Teknologi dan Transformasi) syarikat, Encik Joseph Wong berkata bahawa syarikat itu terpaksa menaik taraf mesin, kakitangan dan proses pengilangannya.



Syarikat itu telah melaburkan hampir $7 juta bagi keseluruhan projek rombakan di fasa pertama yang merangkumi ubah elok dan pembelian mesin.



Encik Wong turut melakarkan satu program latihan yang dipanggil Transformasi Minda bagi mendorong para pekerja menerima arah tuju syarikat terhadap Industri 4.0 dan menggalakkan mereka mempertingkatkan kemahiran.



Kesemua 170 pekerja kekal bekerja di syarikat itu.



Bagi mencapai keupayaan dalam peralatan dan teknologi baru dan memastikan agar pekerja menjana kemahiran baru, syarikat itu mendapat sokongan daripada agensi pemerintah dan rakan kongsi perdagangan seperti Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i), Skillsfuture Singapura, Enterprise Singapore (ESG), Tenaga Kerja Singapura (WSG), Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) dan pelbagai institusi pengajian tinggi.



"Dengan transformasi pada barisan pengilang bijak, kami mengurangkan kerja buruh dan mempunyai pekerja yang lebih mahir antaranya dalam menganalisa data, menghasilkan pemprograman dan menggunakan robot," kata Encik Wong.



Sejak menjalani rombakan, daya penghasilan syarikat meningkat lebih 30 peratus.



Semangat pekerja juga bertambah baik kerana mereka dilatih semula untuk mengambil tugas nilai yang lebih tinggi dan berasa bangga dapat bekerja dalam sebuah syarikat yang progresif.



"Misalnya, dahulu, dengan tenaga 30 pekerja yang bekerja syif, kami dapat menghasilkan sekitar 10,000 keping komponen setiap bulan. Selepas rombakan, dengan tenaga sama, kami boleh menghasilkan sekitar 17,800 keping komponen setiap bulan," kata Encik Wong.



Salah seorang pekerja muda di syarikat itu, Encik Mohamed Fadly, 25 tahun, teknisyen kawalan mutu, tidak menyangka Fong's Engineering and Manufacturing, merupakan pengilang yang menggunakan teknologi bijak dalam usaha menuju arah Industri 4.0.



"Saya ingat saya akan bekerja di sebuah kilang yang menggunakan mesin manual tetapi sekarang, saya dapat bekerja dengan robotik dalam kilang moden," ujar Encik Mohamed Fadly yang menyertai syarikat itu Oktober lalu.



Lulusan diploma dalam jurusan mekatronik dari Politeknik Temasek ini berkata beliau menjalani latihan semasa bekerja dengan bimbingan pekerja lebih berpengalaman.



Tugasnya kini ialah untuk mengawal mutu semasa mengukur komponen.



Beliau juga sedang melanjutkan pengajian diploma pengkhususan dalam jurusan kejuruteraan bioperubatan dan farmaseutikal di bawah program bekerja dan belajar Skillsfuture dan bakal menjalani latihan untuk mempelajari tentang pengendalian mesin syarikat itu pada Mac ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >