Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Better Batter kembangkan niaga kecil-kecilan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Better Batter kembangkan niaga kecil-kecilan

NORHAIZA HASHIM
Jul 10, 2014 | 08:30 PM



KEINGINAN membantu peniaga makanan di rumah yang menjual melalui media sosial agar keluar daripada kepompong rumah mereka dan mengkomersialkan produk makanan mereka secara besar-besaran telah mendorong seorang usahawan, Encik Mohamad Nor Ashraf Abu Bakar, membentuk firma Better Batter.


Beliau merancang membuka sebuah dapur pusat yang membolehkan peniaga kecil-kecilan di rumah menghasilkan makanan mereka secara komersial bagi dijual di kedai.


Mereka akan juga dibantu meningkatkan mutu makanan, pemasaran serta jaringan niaga yang membolehkan mereka memajukan lagi perniagaan itu.


Satu direktori peniaga akan juga dibentuk di laman firma itu.


Encik Ashraf, seorang warga Singapura, merupakan usahawan yang telah menempa nama di Johor setelah membangunkan beberapa perniagaan termasuk ANR Restu Sdn Bhd, yang membangun dan membuat kajian teknologi hijau serta pelaburan hartanah; Mega One Auto Sdn Bhd yang menjual kenderaan terpakai; serta Darul Baraqah Sdn Bhd yang menganjurkan kem motivasi perniagaan, kelas keagamaan dan ibadah korban bagi golongan susah.


Bagi membantu peniaga kecil-kecilan yang menggunakan Facebook dan Instagram bagi penjualan mereka, beliau telah mendapat sekumpulan rakan yang mahir dalam bidang masing-masing bagi membantunya, termasuk Cik Sandy Cheng, pemilik Petit Nosh, yang bertanggungjawab terhadap aspek pemasaran Better Batter dan cef selebriti, Cef Mel Dean, yang diberi peranan memperbaiki mutu makanan yang dihasilkan para peniaga kecil-kecilan itu.


"Apabila saya melungsur di Facebook, saya melihat ramai peniaga kita yang menjual pelbagai jenis makanan seperti kek cawan, makaron, eclair coklat.


"Tetapi menjual menggunakan Facebook mempunyai keterbatasannya kerana pelanggan perlu membuat tempahan awal sebelum mendapat makanan yang ditempah.


"Dalam lubuk hati saya, terfikir alangkah baik jika kita menyatukan para peniaga kecil-kecilan ini dan menyenaraikan perniagaan mereka di dalam sebuah direktori, mendapatkan dapur pusat agar mereka dapat menggunakannya bersama, serta membantu mereka membaiki mutu dan pembungkusan makanan agar mereka dapat menjual makanan itu secara besar-besaran.


"Apabila dijual di kedai, pelanggan akan juga membelinya secara langsung tanpa perlu membuat tempahan awal,'' kata Encik Ashraf, 26 tahun, mengenai impiannya itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >