EKONIAGA: FOKUS USAHAWAN - Yakin potensi niaga
Bina firma huraian rangkaian bekalan kerana mahu manfaat potensi e-niaga
Dengan pemerolehan dua SME, iCommerce anggar nilai pasaran sekitar $3 juta
Jun 23, 2016 | 05:30 AM
SELAKU Pengarah Serantau Operasi dan Rantaian Bekalan Zalora Group sejak dua tahun lalu, Syed Ali Ridha Madihid sedar potensi e-niaga masih belum dimanfaatkan syarikat kecil dan sederhana (SME) setempat.
Isu seperti kekurangan kepakaran teknologi serta pengetahuan dan kenalan rangkaian logistik menjadi hambatan banyak SME daripada meneroka wadah itu sebagai saluran perniagaan.