Bina syarikat reka dan cipta perabot kayu

DAYA kreatifnya membuat perabot kontemporari bagi memenuhi tempahan rakan-rakan menjadi modal niaga Encik Rafie Chua. Terdorong dengan semangat menjadi usahawan, anak muda berusia 29 tahun itu sanggup melepaskan jawatan sebagai seorang penganalisis bon di bank setempat.

Usaha membentuk firma pertukangan kayu Plane & Bevel pada 2013 datang secara semula jadi setelah ramai rakan membuat tempahan dengannya. Mereka mendapat tahu kemahirannya ketika melihat perabot seperti meja dan kerusi kontemporari yang dihasilkan dan diposkannya melalui laman media sosial Instagram.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan