Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Bina taman di tapak Golden Shoe

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Bina taman di tapak Golden Shoe

Feb 10, 2018 | 05:30 AM



BEKAS tapak Tempat Meletak Kereta Golden Shoe, yang sedang dibangunkan semula dalam projek bersepadu bernilai $1.82 bilion, akan ada taman awam, menurut Menteri Pembangunan Negara dan Menteri Kedua (Kewangan) Lawrence Wong.



Selain itu, laluan pejalan kaki - yang akan dibina di Market Street, Malacca Street dan Phillip Street - akan diperluas, malah disisipkan lebih banyak kehijauan.



Laluan berbasikal khusus juga akan dibina, menghubungkan rangkaian berbasikal di bandar.



Rancangan itu diumum Encik Wong dalam majlis pembetonan tapak itu semalam.



Pemaju hartanah CapitaLand, CapitaLand Commercial Trust dan Mitsubishi Estate Co antara syarikat yang bekerjasama dalam pembangunan semula itu.



Tapak di 88 Market Street itu sebelum ini menempatkan pusat makanan dan medan letak kereta popular di pusat bandar.



Kawasan tersebut akan dibangunkan semula sebagai projek bersepadu setinggi 51 tingkat meliputi ruang pejabat, runcit serta penginapan servis Citadines yang diuruskan oleh The Ascott.



Pusat Makanan Market Street akan meliputi dua tingkat dalam pembangunan bersepadu itu.



Sejajar usaha pemerintah merombak Raffles Place menjadi kawasan hijau dengan lebih banyak ruang awam, tempat pejalan kaki lebih luas dan laluan berbasikal, pemaju akan mengubah sebahagian Market Street menjadi taman baru seluas 12,500 kaki persegi.



Taman itu akan menjadi ruang awam utama kedua dalam kawasan itu, selain Taman Raffles Place.



Taman di Bumbung, yang akan berada setinggi 30 meter dari permukaan tanah, akan dilengkapi kemudahan bermesyuarat, amfiteater dan ruang rehat.



"Peningkatan akan menjadikan tempat ini kawasan hijau di tengah kawasan pusat bandar dan meningkatkan Singapura sebagai Bandar dalam Taman,'' kata Encik Wong.



Pusat bersepadu itu akan juga memuatkan Green Oasis yang setinggi empat tingkat dan berada pada ketinggian 100 meter daripada permukaan tanah. Ruang itu bakal mempunyai gimnasium 'hutan', buaian di 'awan' dan kafe.



Dalam pada itu, pejalan kaki boleh pergi ke pusat bersepadu itu dari stesen MRT Raffles Place melalui laluan pejalan kaki berteduh.



Kerja-kerja peningkatan akan dimulakan tahun depan dan siap secara bertahap pada separuh pertama 2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >