PELABUR Bon Simpanan Singapura (SSB) dijangka berpeluang mendapat pulangan tahunan berkompaun sebanyak 2.63 peratus setahun bagi 10 tahun mendatang.
Bon bernilai sebanyak $1.2 bilion ditawarkan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), yang telah membuka permohonannya sejak 6 petang kelmarin. Ia akan ditutup pada 25 September ini, pada 9 malam.