Bon Simpanan Singapura: Permohonan dibuka 6 petang esok

PELABUR warga Singapura boleh memohon Bon Simpanan Singapura (SSB) mulai 6 petang esok.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) akan meletak notis di laman Bon Simpanan di www.sgs.gov.sg/savingsbonds bagi menjelaskan jumlah bon yang ditawar dan jadual pembayaran pada 4.30 petang esok.

Permohonan boleh dibuat menggunakan ATM DBS/POSB, OCBC dan UOB.

Pemohon harus mempunyai akaun dengan bank yang dipilih dan dan akaun Deposit Pusat (CDP) dengan khidmat kredit langsung.

Yuran $2 dikenakan bagi setiap permohonan.

Jumlah minimum permohonan ialah $500 manakala maksimum $50,000. Pelabur boleh memiliki maksimum $100,000 SSB.

Keputusan permohonan akan diumum pada 28 September selepas 3 petang dan pemohon berjaya boleh mendapatkan bon mereka pada 1 Oktober.

Waktu Solat

Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29
3 HR PSI: 33
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.