EKONIAGA
Brexit: MAS peringat risiko kadar tukaran mata wang bila beli hartanah luar negara
Jul 02, 2016 | 05:30 AM
PELABUR harus sedar akan risiko - terutama berkaitan kadar tukaran mata wang - apabila membeli hartanah di luar negara, ujar Penguasa Kewangan Singapura (MAS).
MAS berkata walaupun kelemahan mata wang asing terhadap dolar Singapura (singdollar) boleh menurunkan kos permulaan bagi pelabur, "turun naik mata wang akan terus memberi kesan kepada nilai pelaburan mereka''.