Buka restoran walau hadapi cabaran dapatkan pekerja
Tiga sekawan dari bidang kejuruteraan luaskan niaga buka restoran Padi@Bussorah
Jul 02, 2015 | 05:30 AM
CABARAN mendapatkan pekerja tidak menghambat tiga rakan untuk berusaha sama meluaskan perniagaan dalam bidang makanan dan minuman (F&B).
Setelah lama berkecimpung dalam bidang kejuruteraan, Encik Hashim Ali, Encik Adam Malikh dan Encik Salman Abdullah telah membuka restoran Padi@Bussorah di Bussorah Street yang menelan belanja $250,000.