Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Nasi Lemak Masih Panas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nasi Lemak Masih Panas

Jul 26, 2017 | 05:30 AM



Burger nasi lemak yang diperkenal McDonald's baru-baru ini mencetuskan minat pada hidangan itu. Apakah kesan populariti makanan tersebut terhadap perniagaan hidangan nasi lemak tradisional? NORHAIZA HASHIM (norhaiza@sph.com.sg) meninjau perkara ini dan makanan lain yang mendapat inspirasi daripada makanan tradisional Melayu.



Burger Nasi Lemak bukan saingan tapi pelaris nasi lemak tradisional



PENJUAL nasi lemak tradisional tidak berasa bahang persaingan yang timbul daripada makanan Burger Nasi Lemak yang diperkenal Restoran McDonald's.



Ini walaupun burger itu mendapat sambutan hangat daripada penduduk Singapura.



Rumusan ini berdasarkan reaksi beberapa penjual nasi lemak yang ditinjau mengenai hidangan baru McDonald's itu.



Malah, mereka berkata gemburgembur mengenai nasi lemak burger menghangatkan lagi sambutan bagi nasi lemak mereka.



"Langkah McDonald's memperkenal burger nasi lemak bagus.



"Secara tak langsung, ia memperkenal hidangan nasi lemak kepada pelancong yang mungkin sebelum ini tidak tahu nasi lemak atau anak muda yang melihat nasi lemak hanya sebagai makanan tradisional Melayu,'' kata pemilik Boon Lay Power Nasi Lemak, Encik Badrol Hisam Ramli.



Menurutnya, penjual nasi lemak semakin menghadapi persaingan dalam kalangan mereka, bukan daripada McDonald's dek burger nasi lemaknya.



Encik Abdul Malik Hassan, pengasas Crave Nasi Lemak oleh Selera Rasa@Adam Road, berkata burger baru itu tidak menjejas penjualan nasi lemaknya, sebaliknya ia meningkatkannya.



"Setelah memakan burger nasi lemak yang tidak ada nasi, mungkin pelanggan teringat-ingat nasi lemak tulen dan terus membeli makanan kami.



"Secara tidak langsung, promosi burger nasi lemak itu mengingatkan pelanggan mengenai nasi lemak,'' ujar Encik Malik, yang belum merasa burger nasi lemak.



Beliau berkata memang lumrah syarikat makanan dan minuman (F&B) memperkenal makanan unik untuk menarik pelanggan.



"Kita harus bersikap terbuka dalam menghadapi kreativiti mereka. Saya pun boleh perkenalkan burger Mac di kedai saya. Ia tidak menjadi masalah,'' katanya.



McDonald's memperkenal burger nasi lemak pada 13 Julai lalu bagi tempoh terhad sempena Pesta Makanan Singapura.



Sejak dilancar, ia menerima sambutan menggalakkan dalam kalangan pelanggan, yang beratur panjang untuk membelinya.



Burger nasi lemak itu mempunyai pati ayam dengan aroma kelapa dan disaluti emping jagung.



Menggunakan roti ban semolina, ia juga berinti telur, hirisan timun dan sambal tumis.



Encik Alif Ashraf, 18 tahun, seorang pelanggan McDonald's yang telah menikmati burger nasi lemak cukup berpuas hati dengan makanan baru itu.



"McDonald's amat kreatif dalam memperkenal burger itu. Saya lihat burger itu di Facebook di mana-mana, hingga membuat saya ingin memakan nasi lemak ori!'' kata pelajar politeknik itu, merujuk kepada kekata Inggeris 'original', atau tulen.



Burger nasi lemak mendapat sambutan yang pelbagai dan menarik daripada pembaca.



Encik Ridjal Noor berkata oleh kerana McDonald's mengambil nasi lemak dan menjadikannya sebuah burger, "mengapa tidak kita gambil Big Mac dan jadikannya nasi leMac".



Beliau menggalak peniaga Melayu melihat cara makanan tradisional Melayu boleh diinovasikan supaya pelanggan lebih tertarik.



Idea seperti set bento Jamil Satay dan Satay in a Cup antara pembaharuan yang diperkenal dalam makanan tradisional.



"Dengan media sosial, ciptaan baru yang segar itu akan menarik perhatian dan dikongsi dengan pantas oleh pelanggan yang telah mencubanya.



"Ini akan menarik pelanggan baru dan mendorong penjualan,'' kata Encik Ridjal, seorang peniaga.



Burger nasi lemak tidak kurang menerima kritikan daripada pembaca di media sosial, seperti seorang pemuda Malaysia yang bernama Effi Saharudin di Facebook, yang memberi komen mengapa orang Singapura memanggilnya burger nasi lemak sedangkan ia tidak mempunyai nasi.



Jawapan diberi dalam media sosial mengenai komen itu amat menggelikan hati.



Seorang bernama Achul bertanya apakah burger Ramlee ada 'Ramlee' di dalamnya, sementara SMRT Feedback by The Vigilanteh bertanya apakah minuman 'Milo dinosaur' ada dinosaur?




McDonald's: 'Burger Nasi Lemak' tarik perhatian ramai



RESTORAN McDonald's memperkenalkan Burger Nasi Lemak dan menu makanan lain yang mendapat inspirasi daripada makanan tempatan seperti cendol dan air bandung.



Dua minggu selepas dilancarkan pada 13 Julai lalu, makanan itu tidak lagi akan dijual di restoran makanan segera itu kerana semua makanan telah pun habis dijual, menurut kenyataan McDonald's semalam.



"Sokongan padu ditunjukkan rakyat Singapura bagi Burger Nasi Lemak dan tawaran menu yang mendapat inspirasi daripada makanan setempat yang lain telah melebihi jangkaan kami. Kami amat gembira menerima banyak maklum balas positif daripada pelanggan dan pengkritik makanan yang gemar dengan ciptaan kami. Kami tentunya akan menimbangkan saranan bagi menjual makanan itu lagi di masa depan,'' kata Pengarah Kanan Pemasaran, Menu dan Inovasi Digital McDonald's Singapore, Cik Agatha Yap semalam.



Mendapat inspirasi daripada nasi lemak, burger nasi lemak mempunyai pati ayam dengan aroma kelapa dan disaluti emping jagung.



Menggunakan roti ban semolina, ia juga diisi dengan telur, hirisan timun dan sambal tumis.



Burger itu bukan sahaja menarik minat rakyat Singapura sahaja tetapi mereka di luar sempadan.



Bahkan, Burger Nasi Lemak itu menjadi topik nombor satu paling trending di Twitter semasa minggu pelancarannya.



Kejayaan makanan yang mendapat inspirasi dari hidangan setempat itu membuktikan kegemaran rakyat Singapura terhadap makanan setempat yang diubah-suai mengikut cita rasa moden, ujar Cik Yap.



Sempena tempoh promosi itu, McDonald's juga memperkenalkan Chendol Mcflurry, Pandan Coco Frappe dan Kek Kueh Salat.




Aiskrim hasil inspirasi nasi lemak



RESTORAN Swensen's pernah memperkenal aiskrim Sundae Nasi Lemak, hasil inspirasi daripada nasi lemak.



Aiskrim itu diperkenal hasil satu pertandingan aiskrim Swensen's yang diadakan pada 2014.



Ia dimenangi oleh sebuah kumpulan daripada Politeknik Nanyang.



Dengan rasa kelapa lemak berkrim, aiskrim itu juga mempunyai rasa pedas dan ditabur dengan ikan bilis dan kacang.



Kek cawan nasi lemak juga menjadi hidangan kreatif beberapa kafe di Singapura.



Tepung kek cawan itu diletakkan aroma nasi lemak.



Krim di atas kek cawan itu pula ditabur dengan kekacang dan ikan bilis.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >