APABILA Encik Nizar Mohd Shariff memulakan projek mengedar makanan secara percuma, Free Food For All, beliau sedar bahawa bagi mengembangkan dan melaksanakan kerja amal itu secara berterusan, beliau tidak boleh bergantung pada derma orang ramai sahaja.
Lantaran itu, beliau terdorong membentuk perniagaan sosial, 3FA Pte Ltd, yang mengendalikan sebuah gerai makanan Melayu di Singapore Power Club di Woodleigh Park yang ketika ini menggajikan tiga pekerja daripada golongan berpendapatan rendah.