MENGEKALKAN bakat yang tepat dan menarik anggota baru ialah cabaran lazim dihadapi mana-mana dewan perniagaan di Singapura, kata Pemangku Ketua Eksekutif Dewan Perniagaan Antarabangsa Singapura (SICC), Encik Victor Mills.
Lantaran itu, penting bagi dewan perniagaan setempat memastikan ia kekal relevan dalam masyarakat dan menawarkan khidmat yang diperlukan.