Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Carousell bergabung bersama 701Search, nilai Carousell capai lebih $1.16 bilion

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Carousell bergabung bersama 701Search, nilai Carousell capai lebih $1.16 bilion

Nov 21, 2019 | 01:35 PM



FIRMA  wadah dagangan runcit dalam talian setempat, Carousell bersetuju untuk bergabung bersama 701Search, firma pengiklanan (klassified) yang dimiliki firma telekomunikasi Norway, Telenor Group, dalam perjanjian yang meletakkan nilai Carousell mencecah lebih dari AS$850 juta ($1.16 bilion).



Menyusuli perjanjian yang melibatkan pembayaran tunai dan ekuiti itu, Telenor akan menjadi pemegang saham minoriti dan tunggal terbesar Carousell, dengan 32 peratus perkongsian dalam syarikat itu.



Tiga firma dagangan runcit dalam talian 701Search - Mudah di Malaysia, Cho Tot di Vietnam dan OneKyat di Myanmar - akan mengekalkan  nama dan operasi mereka.



Tetapi, mereka harus melaporkan kepada ketua eksekutif Carousell, Encik Quek Siu Rui. 

Sementara itu, pasukan hab serantau 701Search, yang beroperasi di Singapura, akan disepadukan sepenuhnya ke dalam Carousell.



Perjanjian terbaru Carousell dilakukan tujuh bulan setelah syarikat pengiklanan gergasi OLX mengambil 10 peratus saham dalam syarikat itu, serta menyertakan OLX Philippines dalam perniagaannya. 



Carousell menambah sekitar 100 kakitangan menerusi perjanjian itu.



Kedua-dua perjanjian OLX dan Telenor menunjukkan bagaimana Carousell “mendorong pengukuhan pantas di rantau ini,” kata Rakesh Malani, ketua pegawai kewangan Carousell, menurut kenyataan mereka semalam (21 November).



“Gabungan bersama 701Search akan membolehkan kami mengembangkan misi kami pada skala lebih besar dan dan mengukuhkan kepimpinan kami di Asia Tenggara dalam Mudah, Cho Tot dan OneKyat kerana mereka telah pun menguasai pasaran mereka,” kata Encik Quek.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >