Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Cef restoran luaskan niaga lalui strategi berbilang model

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

EKONOMI & PEKERJAAN

Cef restoran luaskan niaga lalui strategi berbilang model

Pemiliik restoran 'Kucina' bakal terokai niaga katering, kios makanan selain tawarkan francais
Jan 05, 2020 | 05:30 AM



MENYEDARI hambatan dalam pasaran kecil di Singapura, pemilik restoran Cef Gero Di Maria Mohammed Omar amat berhati-hati dalam meluaskan perniagaannya dan lebih memilih strategi berbilang model perniagaan.



Setelah membuka restorannya, Kucina, pada 2016, Cef Omar menerokai perniagaan katering dan bakal membuka kios makanan pula.



Malah, beliau sedang membuat persiapan untuk menawarkan francais perniagaannya sebagai rancangan peluasan perniagaan jangka panjang kerana sudah mengenal pasti potensi segmen perniagaan itu.



Baru-baru ini, syarikatnya menerima sokongan pendanaan daripada Enterprise Singapore (ESG), di bawah Program Pembangunan Francais Kerjasama Syarikat Global.



Menjelaskan lebih lanjut, Cef Omar yang kelahiran London tetapi keluarganya berasal dari Sicilly, Italy, berkata permintaan untuk makanan Italy halal yang tinggi di sini telah membolehkan perniagaannya berkembang pesat sejak tiga tahun lalu.



"Bila kami membuka restoran, seringkali kami mendapat pertanyaan tentang khidmat katering.



"Jadi selepas pasukan kami sudah mantap, setahun kemudian baru kami meneroka katering.



"Pada awalnya, kami menyiapkan khidmat katering di restoran sahaja tetapi tempahan semakin bertambah dan kami terpaksa berpindah ke sebuah dapur pusat di Woodlands.



"Memang permintaan untuk katering ini amat sihat dan meningkat saban tahun.



"Ini kerana kami mendapati ramai pelanggan terutama korporat, mahukan sajian Italy, tidak kira halal atau tidak, yang bermutu baik," ujar beliau.



Sejauh ini, pelanggan syarikat kateringnya terdiri daripada korporat termasuk syarikat berbilang negara seperti Google, Netflix, Gojek dan Twitter serta agensi pemerintah.



Secara keseluruhan, penjualan kateringnya tumbuh 15 peratus setiap tahun.



Ini dijangka meningkat lagi apabila ia mendapatkan pensijilan halal dari Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada tahun depan.



Menurutnya, ini bermatlamat untuk memperolehi lebih banyak pelanggan agensi pemerintah di samping sejajar dengan rancangan menawarkan francais di luar negara.



Kata Cef Omar, pendekatan berbilang model perniagaan yang diambil adalah bertepatan dengan ciri-ciri pasaran domestik Singapura yang kecil.



"Saya tidak mahu membuka restoran kedua atau ketiga sahaja apabila memikirkan tentang usaha peluasan.



"Sebaliknya, saya lebih suka memikirkan model perniagaan lain untuk berkembang. Ini mendorong saya menceburi bidang kios makanan segera pula.



"Ia menawarkan kelainan dan mendekati segmen pelanggan berlainan daripada restoran dan khidmat katering," terang beliau.



Dengan pelaburan kira-kira $80,000, kios pertama yang menawarkan makanan jalanan Italy bakal dibuka bersebelahan dengan restorannya di Kinex sekarang sekitar bulan ini atau Februari.



Dalam menerokai segmen francais, Cef Omar melihat potensi besar dalam pasaran seperti Indonesia dan Timur Tengah.



"Malah, sebelum ini sudah ada minat daripada pelabur asing untuk membeli francais kami.



"Tetapi pada masa itu, kami belum bersedia lagi.



Syarikat itu baru sahaja selesai menjalani program konsultasi dan audit bagi program francais di bawah ESG, yang menelan belanja sekitar $68,000.



Pendanaan diterima adalah 70 peratus daripada kos perbelanjaaan tersebut.




Saya tidak mahu membuka restoran kedua atau ketiga sahaja apabila memikirkan tentang usaha peluasan. Sebaliknya, saya lebih suka memikirkan model perniagaan lain untuk berkembang. Ini mendorong saya menceburi bidang kios makanan segera pula. Ia menawarkan kelainan dan mendekati segmen pelanggan berlainan daripada restoran dan khidmat katering.
- Cef Gero Di Maria Mohammed Omar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >