Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Cekal hati buka kafe di estet perumahan privet

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Cekal hati buka kafe di estet perumahan privet

May 15, 2014 | 10:29 AM



TANPA pengetahuan, tanpa pengalaman.


Namun, ini tidak sedikit pun menghambat sepasang suami isteri untuk sama-sama menyertai 'budaya kafe' yang sedang berkembang pesat di sini, dengan membuka kafenya sendiri dekat Upper Bukit Timah Road.


Bahkan, Cik Lynn Saijan-Lim dan suaminya, Encik Johan Lim, tidak menyangka akan menjadi pemilik kafe dan menyediakan antara lain kek-kek buatannya sendiri.


Ini kerana cabaran memulakannya, lebih-lebih lagi tanpa pengalaman dan pengetahuan dalam menguruskannya, adalah besar.


Namun, dengan kecekalan dan kesabaran, Cik Lynn dan Encik Johan membuka Lynn's Cakes & Coffee di Eng Kong Terrace, November lalu, dengan rata-rata perniagaan diuruskan atas usaha mereka sekeluarga.


Menceritakan penerokaan barunya itu, Cik Lynn berkata beliau mula-mula membuat kek cawan atas desakan anak perempuannya kerana ingin dibawa ke sekolah untuk meraikan hari guru.


"Setelah percubaan pertama 'suka-suka' saya berjaya, saya bertekad membuat kek lebih besar sebulan kemudian untuk menyambut hari lahir anak lelaki saya pula," kongsi Cik Lynn, 40 tahun.


Sejak itu, beliau mula mengasah kemahirannya membuat kek dan telah pun meraih diploma dari sebuah akedemi kek terkenal, Peggy Porschen, di Belgravia London, dalam seni menghasilkan bunga gula (sugar floristry).


"Saya buat kek di dapur kafe saya. Suami saya pula melakukan segala tugas memasak bagi memenuhi permintaan pelanggan yang juga mahukan hidangan makanan lain untuk melengkapi sajian kek mereka," katanya.


Anak perempuan mereka pula, Nur Diana Lim, 16 tahun, membantu menyiapkan pesanan kopi pada hujung minggu.


Antara kek yang disediakan kafe Cik Lynn termasuk kek kukus yang diajar ibunya, selain kek lobak (carrot cake) yang popular di kalangan pelanggan.


"Buat kek dan uruskan kafe memang meletihkan. Tidak sama seperti mengusahakan perniagaan dari rumah.


"Pekerja saya semuanya bekerja secara sambilan kerana agak susah mendapatkan pekerja tetap membantu saya di kafe.


"Mungkin dengan adanya seorang pengurus sepenuh masa, dapatlah saya tumpukan perhatian pada mengembangkan perniagaan saya," sambung Cik Lynn, yang berura-ura membuka cawangan di kawasan timur Singapura pula.


Encik Johan, 43 tahun, pula berkata beliau menceburi perniagaan kafe ini selepas 23 tahun bertugas sebagai seorang pegawai polis.


"Tapi saya tinggalkan pekerjaan saya itu kerana ingin menumpukan 100 peratus perhatian memasak di dapur," katanya.


Pasangan itu juga akur kepuasan yang dinikmatinya bila kafe mereka mula dikenali dan kek mereka digemari ramai.


Namun, yang paling utama bagi Cik Lynn dan Encik Johan ialah peluang meluangkan masa bersama anak-anak mereka di kafe.


Selain Nur Diana, seorang lagi anak mereka, Rayyan Lim, 11 tahun, turut menghabiskan masa bersama Cik Lynn dan Encik Johan di kafe yang terletak agak 'dalam' di tengah-tengah estet perumahan privet.


Bahkan, hanya sebuah bas awam sahaja yang menjalankan perkhidmatannya di situ.


Namun, ini tidak menghalang para pelanggan, kebanyakannya teman dan penduduk di situ, dari melanggani kafe tersebut.


Antara mereka termasuk Cik Junaida Jasman dan Cik Namira Mazlan, yang mengajar di sebuah sekolah rendah berdekatan.


"Kami suka mutu makanan dan kek di sini. Harganya juga berpatutan. Suasananya pula santai, jauh dari hiruk-pikuk kota."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >