SEBAGAI pengeluar paip dan barangan bilik air, usaha menjimatkan air sentiasa di minda Encik Faizal Basheer apabila beliau menghasilkan produknya.
Sepanjang lebih setahun lalu, pemilik Tuscani Tapware dan Tuscani Asia Pacific Pte Ltd itu giat menyelidik, mereka dan menghasilkan alat jimat air untuk menolong syarikat dan institusi menjimatkan bil air mereka.