Cita-cita ukir nama dalam keselamatan siber
Aug 11, 2019 | 05:30 AM
Seramai 81 penerima biasiswa Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) telah menerima Anugerah Digital Singapura (SG:D) yang pertama kali diberikan di satu majlis yang diserikan oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S. Iswaran minggu lalu. NORHAIZA HASHIM (norhaiza@sph.com.sg) menemuramah dua penerima biasiswa itu.
SEJAK kecil, Muhammad Faruq Jahangeer akan membuka komputer semata-mata untuk melihat bagaimana sistem di dalamnya berfungsi.