Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Cukai hartanah flat HDB dipotong hingga 51% tahun depan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Cukai hartanah flat HDB dipotong hingga 51% tahun depan

Potongan terbesar bagi pemilik flat tiga bilik - bayar maksimum $18.40 daripada $37.60
Nov 29, 2016 | 05:30 AM



PEMILIK flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan membayar cukai hartanah lebih rendah atau tiada cukai hartanah bagi tahun depan.



Mereka akan menikmati penjimatan cukai antara 13.1 dengan 51 peratus dengan potongan terbesar dinikmati pemilik flat tiga bilik, menurut Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras).



Dalam kenyataan Iras semalam, ia menyatakan bahawa pemilik flat satu bilik, dua bilik dan sebahagian pemilik flat tiga bilik akan dikecualikan daripada membayar cukai hartanah.



Pemilik flat tiga bilik akan membayar jumlah maksimum $18.40, turun daripada $37.60 tahun ini.



Mereka yang memiliki flat empat bilik akan membayar antara $52 dengan $100, berbanding $71.2 hingga $119.20.



Pemilik flat lima bilik akan membayar $83.20 hingga $131.20, berbanding $104.80 hingga S$152.80 tahun ini, manakala pemilik flat eksekutif akan membayar $95.20 hingga $143.20, berbanding $116.80 hingga $164.80.



Hampir kesemua pemilik rumah privet juga akan menyaksikan cukai hartanah yang lebih rendah atau tidak berubah tahun depan.



Iras telah menyemak Nilai Tahunan (AV) hartanah setiap tahun bagi memastikan ia mencerminkan harga sewa dalam pasaran.



Kesemua pemilik rumah akan menerima bil cukai hartanah sebelum akhir bulan depan.



Mereka perlu membayar cukai tahun depan menjelang akhir Januari tahun depan, kata Iras.



Cukai hartanah merupakan cukai terhadap pemilikan hartanah dan perlu dibayar bagi semua hartanah tidak kira sama ada ia disewakan, didiami oleh pemilik atau dikosongkan.



Pemilik rumah yang menghadapi kesukaran kewangan boleh memberitahu Iras bagi mendapatkan bantuan dan membincangkan pelan pembayaran sebelum 31 Januari tahun depan.



Pelan pembayaran termasuk penundaan bayaran dan membayar secara ansuran mengikut jadual yang ditetapkan. Mereka boleh menelefon Iras melalui talian 1800-356-8300.



Mereka yang gagal membayar atau belum mengorak langkah membayar cukai itu menjelang tarikh akhir akan dikenakan penalti sebanyak 5 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >