PEJABAT harta intelektual Singapura (Ipos) dan sebuah firma ekuiti privet tempatan, Makara Capital, melancarkan sebuah dana bernilai $1 bilion untuk membantu perniagaan dan penghasil inovasi mengubah idea mereka kepada aset.
Dipanggil Dana Inovasi Makara (MIF), ia menyasarkan syarikat pertumbuhan tinggi yang memiliki harta intelektual (IP) kukuh, model perniagaan yang sudah terbukti dan menggunakan Singapura sebagai pangkalan untuk meluaskan perniagaan mereka ke pasaran sejagat.