FIRMA penyedia khidmat perkahwinan, Amani Services Pte Ltd, merancang menubuhkan sebuah pusat katering berautomasi bagi meluaskan perniagaannya dalam bidang katering dan pemerosesan makanan.
Untuk itu, ia akan memanfaatkan seberapa banyak skim dan geran pemerintah tetapi kerana nilai modal pelaburan yang tinggi iaitu $500,000, ia akan berusaha mengumpul dana tersebut daripada pelabur yang berminat.