Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

DBS Bank lancar wadah sehenti jual beli kereta

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

DBS Bank lancar wadah sehenti jual beli kereta

Aug 11, 2017 | 05:30 AM



DBS Bank telah melancarkan pasaran dalam talian bagi kereta, laman pertama serupa itu di Singapura yang diterajui sebuah bank. Pasaran dalam talian itu bertujuan menawarkan huraian sehenti kepada mereka yang ingin berjual beli kereta.



Langkah melancarkan pasaran itu menyusuli saranan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mahu melonggarkan peraturan tertentu yang membolehkan bank melabur dalam perniagaan bukan kewangan tertentu. Ini khususnya bagi mengendali wadah digital yang memadankan pembeli dan penjual.



Pasar dalam talian yang dikenali sebagai DBS Car Marketplace itu juga bekerjasama dengan wadah lain seperti sgCarMart dan Carro, malah akan menjadi pasar jual beli secara langsung terbesar Singapura.



Pasar itu mempunyai hampir 3,500 kereta disenaraikan dan akan memberi manfaat eksklusif. sgCarMart misalnya mempunyai pangkalan kereta baru dan terpakai untuk dijual yang terbesar di Singapura, serta menarik 2.6 juta pengunjung setiap bulan.



Carro pula menjanjikan kereta pelanggan akan dijual dalam 30 hari dan jaminan enam bulan pada kereta yang dibeli.



Ketua perbankan pengguna DBS (Singapura), Encik Jeremy Soo, berkata pengguna semakin menghargai ketelusan dan kemudahan, khususnya dalam urusan membeli barangan bernilai tinggi seperti kereta.



"DBS Car Marketplace ialah contoh bagaimana kami memikirkan semula perbankan, menggunakan teknologi digital dan pembaharuan untuk memperluas pendekatan kami," ujarnya.



Pasar dalam talian itu juga akan menawarkan maklumat kewangan dan produk relevan, serta memastikan penjual dan pembeli mempunyai kawalan penuh dan ketelusan pada setiap tahap urus niaga.



Penjual boleh menyenaraikan kereta di kedua-dua wadah, baik sgCarMart mahupun Carro, pada masa sama secara percuma bagi tempoh tertentu. Pembeli pula boleh menikmati kadar faedah dalam talian sebanyak 1.99 peratus setahun bagi pinjaman kereta DBS apabila mereka membeli kereta menerusi wadah itu hingga hujung bulan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >