DBS dibenarkan tawar khidmat di Australia
Jun 04, 2015 | 05:30 AM
BANK terbesar di Asia, DBS telah menerima kelulusan yang dinanti-nantikan bagi menjalankan kegiatan perbankan di Australia, sekali gus meluaskan kehadirannya ke 18 pasaran di dunia.
DBS yang merupakan satu-satunya bank setempat yang tidak mempunyai cawangan di Australia, akan membuka cawangan pertamanya di Sydney, lewat bulan ini.