Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

DBS lancar pusat pembelajaran inovatif

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja
29
0

DBS lancar pusat pembelajaran inovatif

Dec 10, 2015 | 03:24 PM

SIMULATOR cawangan bank pengguna canggih untuk melatih pekerja dan ruang inovatif untuk membantu perniagaan mengatasi masalah.

Ini adalah antara kemudahan menarik disediakan di pusat pembelajaran inovatif yang dilancarkan DBS Bank hari ini, Khamis (10 Disember), dalam usahanya memupuk bakat untuk industri kewangan setempat.

Pusat Akademi DBS yang terletak di Changi Business Park itu, bermatlamat untuk menggalak pendekatan kreatif dalam perbankan di Asia.

Pusat itu telahpun menyaksikan kakitangan DBS bekerjasama dengan perniagaan baru atau start-up untuk mencipta prototaip untuk mengatasi masalah perniagaan sebenar.

Bercakap semasa pelancaran pusat itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Penyelarasan bagi Dasar Ekonomi dan Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam berkata penggunaan teknologi dan inovasi di pusat itu adalah strategi yang tepat dalam mewujudkan budaya 'start-up' yang selalu memikirkan idea segar dan baru.

Pusat seluas 40,000 kaki persegi itu memiliki 40 bilik latihan - seganda lebih banyak berbanding pusat lama.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3