Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

DBS lancar token digital

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

DBS lancar token digital

DBS
Apr 11, 2017 | 03:22 PM



DBS akan melancarkan token digital kepada empat juta pelanggan e-perbankannya bagi menggantikan token fizikal yang sedia ada.



Token tersebut akan diselitkan dalam aplikasi digibank DBS secara bertahap mulai hari ini.



Ia akan digunakan untuk menghasilkan kata laluan sekali (OTP) yang diperlukan untuk memberi akses kepada akaun perbankan melalui aplikasi bank tersebut.



Bank terbesar Singapura itu berharap pelanggan dapat menggantikan token fizikal itu dengan token digital menjelang Jun tahun depan.



Ini apabila alat tersebut akan dipertingkatkan untuk mengambil-alih semua fungsi token yang lama itu.



Token digital itu dilancarkan selepas kejayaan satu ujian bermula Disember lalu melibatkan sekitar 200,000 pelanggan.



"Ia merupakan sebahagian daripada langkah inovatif kami supaya menjadikan urusan bank lebih mudah untuk pelanggan," kata ketua Kumpulan Perbankan Pengguna Singapura DBS, Encik Jeremy Soo, kepada akhbar The Straits Times.



Beliau memberi jaminan DBS komited untuk menyediakan ciri-ciri keselamatan yang tertinggi bagi melindungi token digital itu daripada sofwe berniat jahat atau malware. - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >