Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:16
Isyak
8:25

Dengar kisah pemilik gerai Selera Rasa Adam Rd kembang niaga

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja
29
0

Dengar kisah pemilik gerai Selera Rasa Adam Rd kembang niaga

Jun 27, 2019 | 05:30 AM

BERMULA dengan sebuah gerai Nasi Lemak Selera Rasa di Adam Road, Crave - The Original Adam Rd Nasi Lemak by Selera Rasa telah berkembang sehingga mempunyai 26 cawangan di serata Singapura dalam tempoh dua tahun.

Bagaimana pemiliknya, Encik Abdul Malik Hassan, yang mewarisi perniagaan ibu bapanya itu mengembangkan perniagaan itu?

Dengar sendiri perkongsian Encik Malik dalam satu Sesi Perkongsian Niaga anjuran Berita Harian (BH).

Perkembangan itu tidak pernah diimpikan beliau sama sekali sejak meneruskan legasi perniagaan dimulakan Allahyarham bapanya, Encik Hassan Abdul Kadir.

Dalam 2017, 12 cawangan Crave dibuka termasuk di kawasan transit dan ketibaan di Terminal 2 dan besmen 2 Terminal 3 Lapangan Terbang Changi.

Pengalaman beliau itu juga mengajarnya untuk sentiasa berani ambil peluang apabila disediakan.

"Jika kita lebih selesa dalam zon keselesaan kita, kita tidak akan berkembang,'' kata Encik Malik.

Namun, banyak juga halangan dihadapi Encik Malik dalam mengembangkan perniagaan itu. Dapatkan panduan daripada beliau dalam ceramah itu.

Ini kali kedua BH mengadakan Sesi Perkongsian Niaga.

Sebelum ini, satu sesi serupa dikongsi oleh Cik Sa'adah Rasik atau lebih dikenali dengan nama Cik Ummi Abdullah, pemilik restoran Barat fusion, Noosh Noodle Bar & Grill di Esplanade Mall.

Bila: Jumaat, 5 Julai

Waktu: 6 petang -7 malam

Tempat: Tingkat satu, Wisma Geylang Serai (WGS)

Masuk percuma. Daftar segera dengan menghantar e-mel kepada Ismawati Ismail di iismail@sph.com.sg atau hubungi 6319-5495 bagi pertanyaan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3