TIMBALAN Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam membuat lawatan ke New Delhi, India, semalam, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.
Encik Tharman, yang juga Menteri Penyelarasan Ekonomi dan Dasar Sosial, akan bertemu dengan Menteri Kewangan dan Ehwal Korporat India, Encik Arun Jaitle, dalam lawatan itu untuk membincangkan semakan terhadap perjanjian cukai bagi pelaburan Singapura di India di samping cara merangsang kerjasama ekonomi dua hala.