DEWAN Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-55 Jumaat depan.
Pihak pengurusan dewan dijangka memberikan taklimat kepada para anggotanya tentang pencapaian dan projek-projek dijalankan Dewan bagi sepanjang 2013 serta rancangan masa depan untuk terus memperbaiki kelakonan dewan.
Semasa dihubungi, Presiden Dewan, Encik Zahidi Abdul Rahman, berkata AGM kali ini tidak melibatkan pemilihan sebarang anggota pengurusan baru.
Encik Zahidi dan pasukan pengurusan sekarang telah mengambil alih daripada pengurusan lama menyusuli kemenangannya dalam pemilihan anggota semasa AGM pada Julai tahun lalu dan akan berkhidmat untuk setahun lagi.