Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

DPPMS atur langkah bantu anggota tempuhi Covid-19

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

KORONAVIRUS

DPPMS atur langkah bantu anggota tempuhi Covid-19

Bentuk pasukan petugas bagi anggota manfaat Belanjawan 2020, anjur sesi dampingan fahami keprihatinan
Mar 19, 2020 | 05:30 AM



DEWAN Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) telah mengumumkan beberapa langkah dalam usaha membantu dan menyokong anggotanya bagi menempuhi tempoh sukar ekoran penularan Covid-19.



Dalam kenyataannya kelmarin, DPPMS menyenaraikan beberapa langkah yang dikuat kuasa serta-merta.



Antaranya, ia membentuk sebuah pasukan petugas bagi melihat bagaimana anggota dapat memanfaatkan lebih baik langkah-langkah yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 bagi membantu perniagaan mereka.



DPPMS juga akan merujuk anggota kepada sumber yang dikongsi bagi mengatasi kekurangan yang telah menyebabkan kesan perniagaan yang ketara.



"Masyarakat perniagaan... berhadapan dengan cabaran yang semakin meningkat disebabkan oleh wabak Covid-19 yang kini telah menjadi krisis antarabangsa.



"DPPMS menggesa semua anggotanya agar bersiap sedia bagi jangka panjang dalam menghadapi cabaran ini.



"Bagaimanapun, anda tidak bersendirian, kerana DPPMS bersedia membantu anggota kami dan masyarakat perniagaan yang lebih besar dalam masa yang sukar ini," kata presiden dewan itu, Encik Farid Khan dalam kenyataan tersebut.



Beliau menambah, DPPMS akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk meneroka semua peluang bantuan dan sokongan yang boleh diberikan kepada anggotanya.



Langkah lain yang diperkenalkan DPPMS ialah ia akan menganjurkan sesi dampingan untuk memahami keprihatinan anggota serta mempercepat usaha mendekati pihak berpentingan yang relevan.



Selain itu, dewan telah menubuhkan satu talian kecemasan, bagi anggota yang memerlukan bantuan yang disasarkan, untuk menghubungi sekretariat.



Ia juga akan menjalankan tinjauan ke atas anggota bagi mengenal pasti dengan lebih terperinci bagaimana krisis itu telah menjejas perniagaan mereka.



DPPMS akan turut meningkatkan penglibatan dan sokongan, bagi pihak anggotanya, kepada pihak berpentingan relevan seperti Tenaga Kerja Singapura (WSG), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dengan tujuan memberi sokongan dan bantuan yang lebih besar kepada anggota.




"Masyarakat perniagaan... berhadapan dengan cabaran yang semakin meningkat disebabkan oleh wabak Covid-19 yang kini telah menjadi krisis antarabangsa. DPPMS menggesa semua anggotanya agar bersiap sedia bagi jangka panjang dalam menghadapi cabaran ini. Bagaimanapun, anda tidak bersendirian, kerana DPPMS bersedia membantu anggota kami dan masyarakat perniagaan yang lebih besar dalam masa yang sukar ini."
- Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Farid Khan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >