Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

DPPMS galak peniaga makanan di rumah ambil langkah selamat sambil mula niaga hari ini

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

KELONGGARAN BEBERAPA OPERASI NIAGA MULAI HARI INI

DPPMS galak peniaga makanan di rumah ambil langkah selamat sambil mula niaga hari ini

May 12, 2020 | 05:30 AM



Mulai hari ini, beberapa perniagaan termasuk peniaga makanan di rumah, dibenarkan beroperasi selepas pemerintah meredakan sekatan pemutus litar. Perniagaan seperti kedai gunting rambut dan dobi serta kedai yang menjual pencuci mulut juga dibenarkan beroperasi semula. NORHAIZA HASHIM (norhaiza@sph.com.sg) dan NATASHA MUSTAFA (nmustafa@sph.com.sg) menemuramah beberapa peniaga dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).



PARA peniaga makanan di rumah ghairah untuk meneruskan perniagaan mereka di rumah bermula hari ini.



Ini setelah sekatan pemutus litar dilonggarkan, lantas membawa kelegaan kepada mereka kerana dapat meneruskan perniagaan.



Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Farid Khan, menggalakkan para peniaga di rumah agar melaksanakan tanggungjawab sosial dan meletakkan langkah-langkah keselamatan sedang mereka dibenarkan memulakan semula perniagaan hari ini.



Di bawah peraturan yang dilonggarkan, peniaga makanan di rumah boleh menjalankan perniagaan makanan sejak operasi mereka dihentikan apabila tempoh pemutus litar bermula pada 7 April lalu.



Namun, mereka hanya boleh menjalankan penghantaran dan pengambilan makanan, dengan panduan keselamatan makanan dan jarak selamat diamalkan.



"Kami yakin peniaga di rumah akan melaksanakan tanggungjawab sosial dan meletakkan langkah keselamatan yang perlu semasa menjalankan perniagaan mereka.



"Melihat ke masa hadapan, DPPMS akan terus berinteraksi dengan peniaga dan peniaga di rumah dan melakarkan konsep agar mereka dapat tumbuh secara tersusun dan dapat dikekalkan. Kami berharap dapat terus berusaha sama dengan mereka secara berterusan,'' kata Encik Farid.



Sementara itu, satu usaha bagi membantu peniaga di rumah turut dijalankan oleh bazar Ramadan Tiga-Dimensi (3-D), BazaarRia.



Ia memberi peluang kepada peniaga di rumah menyenaraikan produk mereka di BazaarRia (https://bazaarria.sg/home).



Khidmat penghantaran akan juga disediakan yang diharap dapat membantu mereka memenuhi permintaan yang tinggi dalam waktu singkat sebelum Hari Raya menjelang.



Khidmat penghantaran disediakan melalui firma Not Fussy Food Delivery Service. Pembayaran juga dapat dilakukan dalam talian.



Sejauh ini, seramai lapan peniaga makanan telah menyenaraikan produk mereka seperti kerepek bayam, nasi ambeng dan epok-epok.



Khidmat itu disediakan syarikat Mi Planets Pte Ltd, sebuah syarikat e-dagang, yang membangunkan laman tersebut.



Menjelaskan khidmat yang disediakan itu, pengerusi dan pengarah Mi Planets, Encik Abu Bakar Mohd Nor, berkata:



"Kami ingin menyediakan satu huraian alternatif bagi peniaga di rumah yang mungkin terjejas kerana perlu membuat banyak penghantaran terutama dalam tempoh waktu yang pendek sebelum Hari Raya.''



Teknologi BazaarRia itu dibangunkan oleh syarikat InfoFabrica dan Vizzio, manakala pereka web ialah MXGSOFT Pte lTD.



Ia juga bekerjasama dengan DPPMS, Persatuan Logistik Singapura, Bank DBS dan SingPost. Sokongan media disediakan oleh Berita Harian/Berita Minggu.



Sementara itu, pemilik bersama munqh yang menjual makaroni keju dan sosej dan nasi bakar dan ayam (baked rice) di rumah, Syed Muhammad Faizal Syed Amzah Alsagoff, 26 tahun, telah mula membuat persiapan mendapatkan stok bagi memulakan perniagaan hari ini.



"Kami amat gembira dengan pengumuman membolehkan kami menjalankan perniagaan semula. Sejak itu, tempahan telah mula meningkat terutama bagi hujung minggu. Bilangan pelanggan kami meningkat 30 peratus.



"Kami telah buat persediaan bagi memulakan perniagaan hari ini,'' kata Encik Faizal, yang menjalankan perniagaan itu bersama tunangnya, Cik Nur Afiqah Salman, 23 tahun.



Beliau akur perbelanjaannya bertambah kerana kos makanan seperti harga keju meningkat.




"Melihat ke masa hadapan, DPPMS akan terus berinteraksi dengan peniaga dan peniaga di rumah dan melakarkan konsep agar mereka dapat tumbuh secara tersusun dan dapat dikekalkan. Kami berharap dapat terus berusaha sama dengan mereka secara berterusan."
- Encik Farid Khan, Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >