LIMA syarikat Melayu/Islam berusia lebih 50 tahun yang menunjukkan keutuhan dan kecemerlangan dalam perniagaan walaupun menghadapi cabaran akan diiktiraf melalui satu anugerah baru Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).
Antara faktor yang membuat lima syarikat tersebut terpilih bagi Anugerah Pengiktirafan SG50 itu ialah mereka "mempunyai elemen evolusi perniagaan/inovasi yang memberi inspirasi", iaitu antara kriteria pengiktirafan tersebut.