DEWAN Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) telah membentuk sebuah jawatankuasa penasihat berprofil tinggi bagi membantu anggotanya berkembang dan meningkatkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Jawatankuasa Penasihat Pelaburan (IAC) berusaha mengenalpasti firma berpotensi tinggi melakar strategi pelaburan dan mendapatkan suntikan dana bagi meningkatkan skala operasi mereka.