SEOUL: Dua eksekutif kanan Samsung Group telah menawarkan meletak jawatan kerana bertanggungjawab terhadap penglibatan konglomerat itu dalam skandal rasuah yang dikaitkan dengan Presiden Korea Selatan Park Geun Hye, lapor agensi berita Yonhap semalam, tanpa memetik sumber.
Menurut laporan itu, Naib Pengerusi Choi Gee Sung dan Presiden Chang Choong Gi telah menawarkan meletak jawatan.