MALAYSIA Fest 2017 di Singapore Expo mendapat sambutan hangat daripada orang ramai pada hujung minggu lalu.
Seorang pengunjung, Encik Mohd Syawal Lazam, umpamanya, berkata beliau dan keluarganya tidak melepaskan peluang berkunjung ke pameran itu pada dua hari berturut-turut, pada Jumaat dan Sabtu lalu.